Bengkel ICT dengan Kerjasama Pejabat Daerah Kecil Siburan

10 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 09 Ogos 2019, Pusat Internet Kg. Braang Bayur telah bekerjasama dengan Pusat Internet PPR Batu Gong untuk melaksanakan bengkel bersama penghulu, ketua masyarakat dan ketua kaum dibawah Pejabat Daerah Kecil Siburan di bilik latihan Pusat Internet Kg Braang Bayur. Tujuan begkel ini diadakan untuk memantapkan lagi penguasaan penulisan dokumen, penulisan surat rasmi dan minit mesyuarat melalui penggunaan komputer.

Disamping itu, perlaksanaan juga adalah untuk memperkasakan keupayaan pemimpin komuniti dalam kemahiran ICT selari dengan sistem informasi dan teknologi maklumat yang berkembang pesat pada masa kini. Bengkel telah disertai oleh 11 orang ketua kaum (kumpulan 1) di bawah Pejabat Daerah Kecil Siburan. Topik yang diketengahkan pada kali ini ialah E-surat. Peserta masing – masing diajar membuka akaun email melalui google gmail serta pendedahan format menghantar email secara formal dan melampirkan gambar atau dokumen yang berkaitan.

Sehubungan dengan itu, peserta juga didedahkan dengan Kempen Klik dengan Bijak iaitu berkaitan ciri – ciri keselamatan untuk membuat kata laluan yang kukuh dan unik. Kata laluan hendaklah mudah diingati tetapi sukar untuk orang lain meneka serta menyarankan peserta untuk menukar kata laluan setiap secara berkala dalam tempoh setahun bagi mengelakkan akaun digodam dan sentiasa berada dalam keadaan selamat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali